22 October 2015

tELataH

at 1:49 AM
Bila jalan pandang-pandang
Bila duduk lihat-lihat
Bila berdiri tengok-tengok
Sama sahaja bukan?

Kadang-kadang kita bualkan perkara yang sama
Kadang-kadang kita maksudkan perkara yang sama
Tapi kita tak pernah sedar
Yang kita selalu ingin pertahankan apa yang kita cakap
Sebab kita selalu fikir bahawa kita betul,
Sebab kita selalu fikir kita yang benar,
Kita bagus!

Sebenarnya,
Tidak salah untuk mengalah
Tidak salah untuk diam
Sebab itu tidak membawa makna
Kita kalah
Kita lemah

Hakikatnya
Kita tahu apa yang kita mampu
Jaid mengapa kita masih mahu menipu idri sendiri
Adakah untuk kemenangan? kepuasan?

Hakikinya
Tak mengapalah kerna jauh di ceruk hati
Kita tahu kedudukan kita di mana.

0 comments:

Post a Comment

 

DOCTOR SMILEY Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea