27 January 2016

eLNa maRLiNa

at 5:41 PM 0 comments
27.01.2015

Penantian yang tiada penghujung
Penantian yang senantiasa bermakna
Andai bukan ini rezeki mu
Andai bukan ini rezeki ku
Penantian ini akan kekal sebegini
Catatan takdir itu sudah pasti
Coretan Ilahi itu pasti indah
Doakan penemuan kita semula
Penemuan yang bakal mengamit memori
Memori dahulu
dan
Memori kini
Biarkan hati merintih sekarang
Biarkan hati meraung sekarang
Tatkala rezeki kau dan aku ada
Kita pasti kesua, elna.

Maafkan lyn.

22 October 2015

kEkaDanG

at 1:51 AM 0 comments
Kekadang hidup tak seperti yang kita jangkakan
Kekadang hidup tak seperti yang kita sangkakan
Kekadang hidup tak seperti yang kita impikan
Tidakkah sama ertinya?

Fikir sejenak
Hidup ini penuh dugaan
Itu hakiki
Kesilapan azalinya dating dari diri sendiri
Mengapa perlu menyalahkan orang lain?

Apa yang perlu kita hayati
Adalah kelemahan diri sendiri
Kerana dari itu kita mampu
Membuat anjakan paradigma
Bukan untuk orang lain
Tetapi untuk orang lain.

tELataH

at 1:49 AM 0 comments
Bila jalan pandang-pandang
Bila duduk lihat-lihat
Bila berdiri tengok-tengok
Sama sahaja bukan?

Kadang-kadang kita bualkan perkara yang sama
Kadang-kadang kita maksudkan perkara yang sama
Tapi kita tak pernah sedar
Yang kita selalu ingin pertahankan apa yang kita cakap
Sebab kita selalu fikir bahawa kita betul,
Sebab kita selalu fikir kita yang benar,
Kita bagus!

Sebenarnya,
Tidak salah untuk mengalah
Tidak salah untuk diam
Sebab itu tidak membawa makna
Kita kalah
Kita lemah

Hakikatnya
Kita tahu apa yang kita mampu
Jaid mengapa kita masih mahu menipu idri sendiri
Adakah untuk kemenangan? kepuasan?

Hakikinya
Tak mengapalah kerna jauh di ceruk hati
Kita tahu kedudukan kita di mana.
 

DOCTOR SMILEY Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea