03 February 2014

mUZiK bUDaK: aCHi aCHi bUKa pINtU

at 6:19 PM
Achi achi buka pintu,
Nana balik hai pukul satu,
Jangan takut burung hantu,
Nana bawa tongkat semambu.

Nana nana lekas pulang,
Achi takut tinggal seorang,
Belakang rumah ada jembalang,
Matanya sepet hidungnya belang.

Achi achi jangan takut,
Nana ada parang kontot,
Hantu syaitan semuanya kecut,
Nampak parang gerenti cabut.

Kalau nana bilang begitu,
Baru senang rasa hatiku,
Kalau datang syaitan dan hantu,
Achi pukul dengan penyapu.

0 comments:

Post a Comment

 

DOCTOR SMILEY Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea