05 April 2013

UiTM : Satu Noumena

at 2:29 PM
Elus angin sore
gema bunyinya menggetar jisim
dikejat kedinginan yang lencun
berserta kabus yang meratah marca alam
menyapa lembut sekujur tubuh longlai
anak watan yang bahunya punya bebanan
matanya melingkar seantero alam
dia mencipta pelbagai takwilan
dia melahirkan bermacam hermeneutik
yang melingkari persoalan tentang pengertian

Dalam kenanaran yang menggarisi ruang-ruang pencariannya

dia mula mencari
            bumi untuk dipijak
            langit untuk dijunjung
            pelangi untuk dilihat
maka tika inilah
kau… menjadi satu noumena

Bagi kau

tiada yang mungkin selagi mampu
mutlaknya usaha dan tawakal
menggonggong semangat
mengongkong pendirian
aksioma yang mengatur tindakannya
autonomi yang mengatur penghormatannya
dan kau
memimpin tangan tubuh longlai itu bagi mencipta
            satu garisan hidup
            satu garisan hati
yang menjadi titik noktah
untuk keperibadiannya keilmuannya
demi sebuah kehidupannya

Terima kasih, UiTM…

(Hazlyn, 12.12.2012)

2 comments:

qylakmal said...

Poweerr gila , pffttt daebaakk :D

Doctor Smiley said...

hahaha..geee..tengs ;)

Post a Comment

 

DOCTOR SMILEY Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea