gema bunyinya menggetar jisim
dikejat kedinginan yang lencun
berserta kabus yang meratah marca alam
menyapa lembut sekujur tubuh longlai
anak watan yang bahunya punya bebanan
matanya melingkar seantero alam
dia mencipta pelbagai takwilan
dia melahirkan bermacam hermeneutik
yang melingkari persoalan tentang pengertian
Dalam kenanaran yang menggarisi ruang-ruang pencariannya
dia mula mencari
bumi
untuk dipijak
langit
untuk dijunjung
pelangi
untuk dilihat
maka tika inilah
kau… menjadi satu noumena
maka tika inilah
kau… menjadi satu noumena
Bagi kau
tiada yang mungkin selagi mampu
mutlaknya usaha dan tawakal
menggonggong semangat
mengongkong pendirian
aksioma yang mengatur tindakannya
autonomi yang mengatur penghormatannya
dan kau
memimpin tangan tubuh longlai itu bagi mencipta
satu
garisan hidup
satu
garisan hati
yang menjadi titik noktah
untuk keperibadiannya keilmuannya
demi sebuah kehidupannya
yang menjadi titik noktah
untuk keperibadiannya keilmuannya
demi sebuah kehidupannya
Terima kasih, UiTM…
(Hazlyn, 12.12.2012)
2 comments:
Poweerr gila , pffttt daebaakk :D
hahaha..geee..tengs ;)
Post a Comment